MERAPOH 2024 REVISIT SERIES – 2

MERAPOH 2024 REVISIT SERIES – 2

Kompleks Bukit Batu Kapur Merapoh

Batuan sekitar Merapoh dikorelasikan secara geologi mempunyai persamaaan batuan dengan kawasan sekitar Gua Musang hingga ke Gua Bama dan Gua Sae sekitar Kuala Lipis. Kumpulan batuan ini dinamakan sebagai Formasi Gua Musang. Ia merupakan kumpulan batuan terdiri daripada batu kaplur berhablur, berselang lapis dengan lapisan nipis syal, tuf, batu pasir dan batuan volkanik. Kesemua batuan ini terenap di dalam lembangan pengenapan yang sama dan mempunyai usia yang sama, iaitu dikatakan berusia Permian Tengah hingga Trias Akhir (250 hingga 200 juta tahun) berdasarkan penemuan fosil oleh Mohd Shafee Leman (1993,2004). Berdasarkan pemetaan, ketebalan lapisan batuan Formasi Gua Musang adalah 650 meter (Yin, 1965).

Batu kapur Formasi Gua Musang berwarna kelabu cerah hingga kelabu gelap, keras dan tidak poros. Di dalam batu kapur boleh dijumpai kehadiran karbon, lumpur dan bahan piroklastik. Di sekitar Merapoh, batu kapur membentuk bukit-bukit yang bertebing tegak yang dikenali seabgai bentuk Mogot. Kebanyakkan bukit batu kapur ini telah mengalami hakisan oleh air hujan dan juga aliran sungai yang membentuk ruang-ruang gua yang menarik. Pelbagai keunikan filtur-filtur batu kapur boleh dilihat di dalam gua dan juga persekitarannya.

Facebook
Twitter