MERAPOH 2024 REVISIT SERIES – 3

MERAPOH 2024 REVISIT SERIES – 3

Pengkelasan Gua Secara Umum

Berdasarkan kajian yang dilakukan, gua-gua sekitar Merapoh mempunyai pelbagai keunikan tersendiri. Terdapat gua yang cantik dengan struktur geologi dalam gua, unik dengan laluan yang sempit, terdapat aliran sungai yang kadang kala mengalir deras seperti jeram, dihuni oleh pelbagai sepsis fauna seperti katak, kelawar, ular dan serangga dan ada juga sesetengah gua yang meninggalkan bukti kewujudan masyarakat primitive yang menjadikan gua sebagai tempat berlindung dan penempatan dengan penemuan beberapa bukti-bukti arkeologi seperti lukisan-lukisan primitive pada dinding gua, sisa-sisa makanan masyarakat prasejarah, alat-alat batu dan pecahan tembikar tanah.

Berdasarkan maklumat dari Laili Basir, Ketua Program Save Merapoh Cave pada tahun 2013, sebanyak 85 buah bukit batu kapur di sekitar Merapoh yang mempunyai gua-gua menarik untuk dijelajahi. Secara umumnya, gua-gua ini boleh dikategorikan kepada 3 iaitu :

i. Gua Umum – Gua umum merupakan gua yang mudah untuk dilwati dan sesuai untuk semua peringkat umur. Ianya tidak mencabar dan tidak memerlukan kelengkapan khas untuk aktiviti eksplorasi.

ii. Gua Cabaran – Gua cabaran dikelaskan berdasarkan aktiviti yang agak lasak seperti merintis hutan, memanjat bukit, merangkak di laluan sempit, berenang di dalam sungai dan berakit menggunakan pelampung. Untuk aktiviti eksplorasi di gua cabaran ini, para pelawat memerlukan kelengkapan khusus dan jurupandu yang berpengalaman.

iii. Gua Sejarah/Arkeologi/Geologi – Sesetngah gua meninggalkan artifak-artifak arkeologi dan geologi yang tidak ternilai harganya yang perlu dikaji secara terperinci dan saintifik. Antara artifak tersebut adalah seperti lukisan-lukisan primitive pada dinding gua, sisa-sisa makanan, pecahan tembikar tanah, alat-alat batu, fosil flora dan fosil fauna.

Facebook
Twitter